Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Unit Kesihatan
UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka bersama Murid Keperluan Khas dari Kelas Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Pahang.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini melibatkan seramai 73 orang peserta yang terdiri daripada 9 orang staf Unit kesihatan, 13 orang guru Kelas Pendidikan Khas dan pembantu murid serta 51 orang pelajar Kelas Pendidikan Khas. Semua peserta dibawa ke Dewan Merpati dengan menaiki 2 buah bas UiTM.
Program dimulakan dengan ucapan aluan dari YBrs. Dr Nazila binti Marjan, Ketua Unit Kesihatan diikuti ucapan dari En. Mohd Rosniza bin Mustapa, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMKJP.
Program diteruskan dengan sesi senamrobik yang dipimpin oleh 2 orang pelajar dari Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, sesi pembelajaran Asas Pertolongan Cemas yang dibahagikan kepada 5 stesen iaitu stesen Cardiopulmonary Resuscitation (CPR), stesen Balutan Bandage , stesen Triangular Bandage, stesen Kotak Pertolongan Cemas dan stesen Chocking for Adult. Program diakhiri dengan sesi kuiz, serta sesi lawatan ke Taman Herba dan sekitar kawasan kampus. Secara keseluruhannya, semua pelajar telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program tersebut dijalankan. Dari riak wajah terpapar betapa girang dan gembiranya mereka dapat menjejakkan kaki ke kampus dan betapa bersemangatnya mereka dalam menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dan mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak.