top of page

PIAGAM PELANGGAN UNIT KESIHATAN

Bahagian Hal Ehwal Pelajar beriltizam memberikan perkhidmatan dan layanan yang cekap, jujur , dan mesra ke arah membina sahsiah berakhlak, holistik dan dinamik melalui:

​

1. Kes kecemasan akan diberikan keutamaan dan rawatan segera dalam masa lima (5) minit selepas pesakit tiba di Unit Kesihatan.

 

2. Kes bukan kecemasan dirawat dalam masa 30 minit selepas pendaftaran mengikut nombor giliran.

 

3. Memastikan setiap pelanggan diberi ubat-ubatan berkualiti, selamat, dilabel dan diberi penerangan cara penggunaannya dalam masa 10 minit selepas selesai proses pemeriksaan dan rawatan.

 

4. Memproses permohonan lengkap pinjaman peti pertolongan cemas dalam masa tiga (3) hari bekerja .

 

5. Setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

 

6. Memastikan surat jaminan perubatan (GL) pesakit dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. 

bottom of page