Kenali Kami
Latar Belakang
Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka mula beroperasi pada September 1993. Pada awalnya, dikendalikan oleh seorang Pembantu Perubatan (kontrak) dan seorang Penolong Jururawat. Pada ketika itu, Unit Kesihatan dilengkapi dengan kelengkapan peralatan rawatan asas dan ubat-ubatan. Jumlah pelajar adalah seramai 800 orang sahaja.
​
Pada tahun 2004, jumlah pelajar telah mencecah hampir 5000 orang dan kakitangan Unit Kesihatan telah bertambah kepada 5 orang iaitu seorang Pegawai Perubatan, seorang Pembantu Perubatan, seorang Jururawat Terlatih, seorang Penolong Jururawat dan seorang Pembantu Am Rendah. Sebuah ambulan juga telah disumbangkan oleh Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam pada tahun yang sama. Pada tahun 2009, bangunan Unit Kesihatan telah dinaik taraf seiring dengan pertambahan pelajar dan kakitangan di mana terdapat penambahan di bahagian farmasi.
​
Sehingga kini, jumlah kakitangan adalah seramai 10 orang iaitu seorang Pegawai Perubatan, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan, 2 orang Jururawat, seorang Penolong Pegawai Farmasi, seorang Jururawat Masyarakat, seorang Pembantu Perawatan Kesihatan, seorang Pembantu Tadbir (pekerja harian) dan seorang Pemandu Ambulan dengan jumlah pelajar adalah melebihi 5000 orang.