Program Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan Berkala 2022
-
Program Derma Darah merupakan anjuran Unit Kesihatan dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Jabatan Patologi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, (HOSHAS), Temerloh.
-
Pihak hospital pada awalnya mensasarkan jumlah kutipan sebanyak 80 beg darah sahaja. Namun, pihak hospital berjaya mengumpul sebanyak 129 beg darah hasil dari sambutan yang sangat menggalakkan dari warga kampus.
-
Unit Kesihatan turut menganjurkan Pameran kesihatan serta Pemeriksaan Kesihatan Berkala di mana penyertaan seramai 119 orang yang terdiri daripada staf, pelajar, ahli keluarga staf serta pekerja kontrak pembersihan.
-
Pemeriksaan kesihatan meliputi Pemeriksaan Body Mass Index (BMI), Pemeriksaan paras gula dalam darah dan Pemeriksaan tekanan darah.
-
Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada warga kampus untuk menjaga kesihatan dengan mengekalkan gaya hidup sihat dan seterusnya dapat melahirkan warga UiTM dan warga Malaysia yang sihat dan proaktif.