top of page

Program Derma Darah

Program Derma Darah ini merupakan program anjuran Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan kerjasama Bulan Sabit Merah UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Seramai 8 orang staf Unit Kesihatan, 7 orang komander Bulan Sabit Merah dan 30 orang staf Jabatan Perubatan Transfusi terlibat dalam menjayakan program derma darah ini. Program ini juga telah mendapat sambutan yang sangat baik dari warga kampus di mana seramai 328 orang telah mendaftar sebagai penderma darah. Walau bagaimanapun, hanya 214 orang peserta yang layak untuk menderma. Manakala, 114 orang lagi tidak dapat menderma kerana tidak memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan

ce993427-541f-45b6-ae91-3036a34dbb2f.jpg
bottom of page