top of page

Ceramah Kesihatan “Bersukan Waktu Malam : Kebaikan vs Risiko”

Program Ceramah Kesihatan “Bersukan Waktu Malam : Kebaikan vs Risiko” merupakan program anjuran Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan warga kampus mengenai kebaikan dan risiko apabila melakukan aktiviti sukan pada waktu malam. Penceramah bagi program ini ialah Dr. Muhammad Rahmani bin Jaffar iaitu Pakar Perubatan Sukan, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Seramai 91 orang pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi telah menyertai program ini secara bersemuka di Dewan Kuliah Al-Farabi manakala, seramai 320 orang peserta yang terdiri daripada warga UiTM dari seluruh sistem telah menyertai program ini secara atas talian melalui platform Facebook Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Program ini turut dibantu oleh staf dari Pejabat Pengurusan Infrastruktur & Infostruktur serta Bahagian Hal Ehwal Akademik bagi tugas-tugas berkaitan siaran langsung di Facebook. Pelbagai persoalan yang diutarakan oleh para peserta sama ada secara langsung atau secara maya telah mendapat jawapan dan penerangan yang jelas daripada penceramah. Program diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sesi bergambar bersama urusetia dan peserta program.

NEW.jpg
bottom of page